english says

" action speaks louder than words "

" cooking is an art "


Monday, December 13, 2010

Relax zone.......

Recipies

Chocolate chip muffin
Ingredients
2 cup flour
1 cup sugar
1 1/2 tbsp baking soda
1 tsp salt
2 eggs
3/4 cup milk
1/2 cup corn oil
4 tbsp melted butter
1 tsp vanilla esson

                                                     1 cup choclate chips

Method

Preheat oven 180C
Sift all dry ingredients.
Add in sugar and mix well.
Make a well in the centre of it. Put egg, milk, oil, butter and vanilla essence in the centre.
Mix well.
Lastly, fold the chocolate chips in.
Spoon in muffin cups and bake for 20-25 minutes. Wala!

* the chocolate chips can be exchange with other ingredients such as banana, pumpkin, etc.

Sunday, December 12, 2010

Recipies


Chocolate moist cake
Bahan
Mentega 125 gm
Gula perang 1 cawan
Teur 3 biji
Tepung gandum 1/4 cawan
Soda bikarbonat 1/4 tsp
Tepung naik sendiri 1 cawan
Serbuk koko 1/3 cawan
cokelat gelap masakan (dicairkan dulu) 200 gm
Susu UHT 3/4 cawan

topping:

cokelat gelap masakan 300 gm
                                                      krim 3/4 cawan

Hiasan:

strawberry & cadburry cokelat flakes


Cara-cara buat kek

1. panaskan oven 160C/140 fan force oven. grease bekas tin size 20cm
2. Pukul mentega+ gula - sampai kembang
3. + telur satu demi satu - sampai sebati
4. Ayak tepung + soda + serbuk koko - masukkan kedalam adunan telur
5. + susu
6. + cokelat cair
7. bakar 40-45 minit

Cara-cara buat topping

1. potong kecil-kecil cokelat dan masukkan kedalam microwave selama 1-2 minit power low atau defrost mode , selalu kacau dan lastly campurkan dengan krim
2. boleh juga mengggunakan kaedah double boiler.

Nota chef: jangan bakar lama sangat nanti kering hilanglah moistnya.

PENGENALAN KEPADA SAYUR-SAYURAN

DEFINISI       
            Sayur-sayuran merujuk kepada sebarang jenis tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan mentah ataupun dimasak. Berbagai-bagai jenis sayur-sayuran boleh dihidangkan dalam sajian makanan kita. Sayur-sayuran boleh diklasifikasikan mengikut bahagian tumbuh-tumbuhan, kandungan zat, warna dan rasa.

Sayur-sayuran
  1. Sayur-sayuran penting dalam sajian makanan kerana :
a.       Vitamin dan garam mineral di dalamnya menolong memelihara kesihatan badan
b.       Terdapat bahan pelawas yang menolong mencegah sembelit
c.       Warna dan teksturnya yang berlainan memberikan variasi kepada hidangan
d.       Terdapat bekalan protein terutama dalam kekacang serta karbohidrat yang merupakan sumber tenaga dan haba
  1. Sayur-sayuran boleh dimasak dan dihidangkan dengan cara yang menarik
  2. Sayur-sayuran boleh didapati sepanjang tahun dengan harga yang agak murah
Jenis Sayur-sayuran

a)    Sayuran Berdaun ( leafy vegetable)
Contoh : Bayam, sawi, kangkung, daun salad, daun bawang, kucai(chives), kubis cina

b)    Sayuran berpucuk
Contoh : Pucuk paku, pucuk ubi

c)    Sayuran berbunga ( flower )
      Contoh : Bunga kubis, bunga kucai, bunga kantan, jantung pisang, brokoli

      d)   Sayuran berbuah dan berbiji ( fruits and seed vegetable)
            Contoh : Tomato, timun, terung, peria, cili merah, cili hijau, labu, kundur, petola,     
                          avacado, eggplant(terung bulat), bell peppers

       e)   Sayuran kekacang ( legumes)
             Contoh : Kacang buncis, kacang pis, red kidney beans (kacang merah), soy beans,    
                            snow peas(kacang peas), long bean(kacang panjang), okra ( bendi)

f)     Sayuran berakar ( root vegetable )
Contoh : Carrot, beet, white radish (daikon), red radishes, halia, sengkuang

g)    Sayuran berubi ( tuber vegetable)
Contoh : Ubi kentang, ubi keledek, ubi kayu, ubi keladi

h)    Sayuran bebawang ( bulbous )
Contoh : Bawang besar (onion), bawang merah (shallot), bawang putih (garlic), white    
onion, leek, serai

i)      Cendawan Dan Kulat ( Mushroom And Truffle )
Contoh : Black trumpet, Shitake, oyster, enokidake, black truffles, button mushroom

j)      Sayuran berbatang ( Stem vegetable )
Contoh : Artichokes, asparagus, bamboo shoots, celery, fennel,

POTONGAN SAYUR-SAYURAN

Sayur-sayuran boleh dikategorikan mengikut bahagian tumbuh-tumbuhan. Sayuran ini  boleh dimakan mentah ataupun dimasak. Ia berpandukan kepada hidangan yang akan disediakan. 

Berikut merupakan teknik  potongan  sayur-sayuran yang biasa dilakukan sebelum memasak. Potongan ini mestilah bersesuaian degan hidangan yang akan disediakan.
Peralatan yang biasa digunakan untuk memotong sayur- sayuran ialah paring knife

a) Macedoine (dadu besar)

Ø  Potong sayur mengikut panjang yang dikehendaki.(2cm x 2cm x 2cm)
Ø  Potong potongan tadi menjadi kepingan setebal 1 – 2 cm
Ø  Potong kepingan tadi kepada jalur selebar 1-2 cm
Ø  Potong jalur itu selebar 1-2 cm untuk mendapatkan bentuk segi empat sama.

b) Brunoise

Ø  Potong sayur mengikut panjang yang dikehendaki.
(3mm x 3mm x 3mm)
Ø  Potong potongan tadi menjadi kepingan setebal 6 mm .
Ø  Potong kepingan tadi kepada jalur selebar 6 mm.
Ø  Potong jalur itu selebar 6 mm untuk mendapatkan bentuk segi empat sama.
                                             
c) Julienne (memanjang)

Ø  Potong sayur kepada 3mm x 3mm x 5cm panjang.
Ø  Hiris nipis potongan itu kepada kepingan nipis.
Ø  Potong kepingan nipis kepada jalur halus seperti batang mancis.

d)  Batonnet

Ø  Potong sayur kepada 8 cm panjang.
Ø  Potong potongan tadi menjadi kepingan setebal 6 mm.
Ø  Potong kepingan itu kepada bentuk baton 6mm x 6 mm x 5 cm.

e) Paysanne

Terdapat empat bentuk potongan.Untuk mengelakkan pembaziran, sayur dipotong mengikut bentuk sayur itu.Semua bentuk potongan dihiris nipis.
Ø  Segi tiga .
Ø  Segi empat
Ø  Bulat
Dimensi potongannya ialah 1.2cm x 1.2cm x 3mm

f) Chiffonade

Ø  Sayur-sayuran yang berdaun seperti salad dan kobis yang dimayang halus dan memanjang.Halusnya seperti mee bee hoon.

g) Mirepoix

Ø  Campuran sayur-sayuran seperti lobak mera, bawang celery dan keparkali leek yang dicincang kasar.
Ø  Potongan adalah sebesar ibu jari atau separuh saiznya


Klasifikasi mengikut WARNA

Kandungan warna juga memainkan peranan terhadap klasifikasi sayur-sayuran seperti
1.    Klorofil menghasilkan warna hijau
2.    Flavonoid  dan antosianin menghasilkan warna merah atau ungu
3.    Karotinoid menghasilkan warna kuning atau merah

Kegunaan sayur-sayuran dalam sajian
a.    Sebagai ramuan tambahan, sayuran boleh dihidangkan bersama hidangan berprotein tinggi
b.    Sebagai bahan gantian daging, sayuran kekacang membekalkan protein dalam sajian vegetarian
c.    Sebagai salad,  sayuran boleh dihidangkan bersendirian atau sebagai hidangan tambahan
d.    Sebagai bahan hiasan, sayuran seperti timun, daun pudina, tomato, cili dsbnya boleh digunakan untuk menghias sesuatu masakan
e.    Sayuran sebagai pelawas dan melindungi tubuh dari serangan penyakit kerana sayuran mengandungi selulos, vitamin dan garam mineral  

Memilih sayur-sayuran

·         Beli sayur-sayuran seberapa segar yang boleh untuk mendapatkan nilai yang paling baik
·         Beli sayur-sayuran yang bermusim sebab nilai zatnya paling baik dan harganya lebih murah

a)   Sayuran berdaun hijau
1.    Pilih sayur yang sederhana besar kerana yang besar adalah lebih kasar dan selulosnya liat.
2.    Warnanya hujau tua, daunnya segar dan rangup
3.    Elakkan daripada membeli sayuran yang telah habis musimnya kerana rasanya kurang sedap
4.    Elakkan daripada memilih daun yang koyak, layu, kering ataupun bertukar warna menjadi kuning kerana ini menunjukkan bahawa sayur itu tidak segar lagi.
5.    Pilih sayur yang muda kerana batangnya rangup dam mudah dipatahkan,halus dan lazat rasanya.
6.    Daun sayur mesti tidak dimakan oleh serangga atau kumbang.

c)    Sayuran berbunga
1.    Bunga sayur mesti padat, keras, berat dan tiada bekas gigitan serangga
2.    Bunga kubis dan daun kubis mesti rangup dan bahagian tengahnya mesti keras.

d)    Sayuran berbuah dan berbiji
1.    Sayuran berbuah seperti tomato dan timun hendaklah padat, licin dan sekata bentuknya.
2.    Warnanya elok serta tidak ada lebam
3.    Pilih yang sederhana besar

e)    Sayuran berakar dan berubi
1.    Beli yang sederhana saiznya kerana yang besar mungkin liat dan kasar sementara yang kecil pula mungkin kurang rasanya.
2.    Ia hendaklah padat dan keras serta tidak ada tanah melekat padanya
3.    Sayuran berakar dan berubi hendaklah elok kulitnya, tiada lebam atau bekas terkena penggali
4.    Jangan pilih yang sudah bertunas

f)     Sayuran bebawang 
1.    Bentuknya sekata dan warnanya terang
2.    Ia mesti padat dan tidak lembik
3.    Saiznya sederhana besar

g)    Sayuran kekacang
1.     Pilih yang cerah warnanya
2.     Rangup apabila di patah-patahkan.

h)    Sayuran berpucuk
1.    Warna cerah dan segar

Saturday, December 11, 2010

WEIGHT & MEASURES CONVERSION



                     
                  


                      COOKING BASICS
                Measurement Equivalents

1 tablespoon (tbsp) = 3 teaspoons (tsp)
1/16 cup (c) = 1 tablespoon
1/8 cup =
2 tablespoons
1/6 cup = 2 tablespoons + 2 teaspoons
1/4 cup = 4 tablespoons
1/3 cup =
5 tablespoons + 1 teaspoon
3/8 cup =
6 tablespoons
1/2 cup =
8 tablespoons
2/3 cup = 10 tablespoons + 2 teaspoons
3/4 cup =
12 tablespoons
1 cup =
48 teaspoons
1 cup=
16 tablespoons
8 fluid ounces (fl oz) =
1 cup
1 pint (pt) = 2 cups
1 quart (qt) = 2 pints
4 cups =
1 quart
1 gallon (gal) =
4 quarts
16 ounces (oz) =
1 pound (lb)
1 milliliter (ml) = 1 cubic centimeter (cc)
1 inch (in) = 2.54 centimeters (cm)

Recipies

                       PUDDING ROTI


Bahan


1.Blend roti , telur & susu + esen vanilla – sampai halus.
2.Agar2 rendam dulu, masak sampai hancur dan tapis. Masuk semula dlm periuk.
3.Masukkan gula dan rasakan manisnya ikut lidah.
4.Masukkan adunan roti dan susu tadi. Kacau sekejap dengan api perlahan.
5.Bahagikan 3 warna (hijau, merah, coklat)
6.Masukkan dlm loyang (masukkan sekali tak payah tunggu keras satu2..corakkan mengikut kreativiti anda)
7.Sejukan dahulu kemudian boleh masukkan dlm peti sejuk.
8.Bila dah keras bolehlah dipotong.
1 pkt agar2 (25g cap burung layang2) –(Madiha guna yg 20gm brand lain)
Air ikut sukatan plastic pembungkus agar2 tu. (6 gelas)
Gula ikut manis (Madiha bubuh 10 sudu besar.. ni terpulang pd anda suka manis lagi boleh tambah)
Susu cair – I tin
Roti – beli roti yg biasa (cap kunci tu pun takper) kerak roti buang (Madiha guna gardenia 8 keping tak buang pun keraknya)
Telur – 1 biji
Esen vanilla (1 penutup)
Cara